Kadang kala terdetik di hati ini,
Mengapa aku diuji sebegini,
Adakah kerna terlalu banyak dosa dalam diri??
Atau kerna diri ini sudah tidak disayangi??
Kenapa semua ini terjadi??
Namun kini aku bersyukur pada Ilahi...
Kerna aku telah menemui jawapan yang dicari selama ini,
Kerana Allah menyayangi diri ini,
Barulah aku diuji,
Kerana diriku sering leka dan lalai,
Barulah aku diuji,
Supaya Allah dapat kudekati,
Barulah aku diuji,
Sebagai muhasabah buat diri,
Agar tidak terlari dari jalan Allah ini,
Agar dapat membersihkan hati yang sentiasa ternoda ini,
Kerna itulah diri ini diuji,
Aku bersyukur kini...
Kerna masih diuji oleh Yang Maha Mengasihi...
Semoga ujian ini dapatku atasi...
Dengan bantuan dan pertolongan dari Ilahi...
Terima kasih ya Allah kerna masih sayang akan diri ini!