CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 24, 2009

Kesibukan yang tiada berpenghujung...


in the name of Allah... Bismillah ~






Allah juga telah memberi kita peringatan agar menjaga nikmat masa yang telah dikurniakan buat kita. Namun, manusia pada hari ini senantiasa lalai dan leka dengan urusan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah... Disebabkan sikap inilah Allah telah menurunkan pelbagai jenis bala sebagai peringatan buat kita tapi lihatlah! Manusia tidak pernah serik! maksiat masih berleluasa malah semakin hari semakin parah... pembunuhan tanpa belas kasihan... anak2 menderhakai ibu bapa mereka... sanggup mencederakan ibu bapa sendiri apalagi membunuh... anak2 luar nikah bersepah2 dianggap seperti sampah yang tidak berguna... perlacuran.. zina.. apakah ini semua merupakan tanda-tanda kecil kiamat?? Namun manusia tidak pernah sedar akan hakikat bahawa KIAMAT itu sudah DEKAT.



Rasulullah juga pernah bersabda mengenai " 5 Perkara Sebelum 5 Perkara "...



Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)


Ana tidak nafikan mengenai kesibukan yang sedang melanda kita semua especially as a student like us. Assignment berlambak.. Presentation every week... nak jumpa prof... sibuk anjurkan program2 kampus... nak buat revision lagi... bagi "budak-budak fikrah" ditambah lagi dengan halaqah.. usrahnye... program luar lagi... seakan-akan kesibukan yang tiada berpenghujung.


Ini semua adalah ujian buat kita. Sejauh mana kita mampu untuk menguruskan masa dengan baik. Tapi kelapangan masa juga merupakan ujian kerna pada waktu itulah datangnya godaan Mr. Iblis laknatullah & Mrs. Hawa (nafsu) agar kita leka dengan urusan2 duniawi yang sentiasa melalaikan kita. Ana sem ni adalah sem yang paling relaks selama bergelar student Fiqh & Fatwa... Sepanjang sem ni assignment yang kami dapat sangatlah sedikit... jarang sekali kami diberi assignment.. Unlike my other friends, tiap2 minggu ada assignment & presentation. Kadang2 teman2 ana sampai tak tau nak buat apa bila tiada kelas. Malam ana tiada kelas, almost every night i could make revision... tapi biasanya akan melencong ke tempat lain..huhu.

At last salah seorang teman seperjuangan ana telah mengajak ana membantu menguruskan salah sebuah program di kampus... Alhadulillah, terisi juga masa ana yang kosong & kesibukan telah melanda semula..huhu. The final exam is coming soon!! Just around the corner... ini baru ujian di dunia belum ujian di akhirat kelak...

Ujian dunia yang hanya sementara.. akhirat??

Semoga kita semua dapat mengurus masa dengan baik dan bijak. Dalam kesibukan urusan dunia yang tidak kekal, exam, aktiviti2 kampus... jangan lupa juga urusan akhirat yang bakal menjadi penentu samada kita bakal mendapat syurga atau sebaliknya (na'uudzubillah! ).


Look how the non-muslim study... how about us??

that's why they're more SUCCESSful than us (",)


Last but NOT least, all the best to all... study hard but study smart! Ingatlah, ujian di dunia hanyalah sementara... di akhirat lebih kekal abadi.
Bittaufiq wan najah.=D



p/s: akhirnya ter'sapu' juga 'rumah' yang dah agk bersawang ini...huhu (^^)... lemahnye aku dalam penulisan ini...

Wednesday, August 19, 2009

Antara Ilusi & Realiti

Bismillahirrahmanirrahim ~
Hari ini kita dapat lihat pelbagai jenis rancangan realiti di tv, baik di Malaysia mahupun di Eropah dan negara2 lain. Kebanyakannya semua menunjukkan budaya2 barat yang merosakkan, hedonisme yang melampau, pemakaian ala2 barat, pergaulan bebas tanpa batasan, dan macam2 lagi budaya2 yang telah berjaya merosakkan anak2 muda hari ini sedikit demi sedikit. Tahniah buat orang2 yahudi kerana rencana mereka utk menjatuhkan umat islam telah berjaya dengan jayanya tanpa kita sedari.
Baru2 ni ana ada menghadiri satu program kecemerlangan, ada seorang akhi ni menceritakan sebuah kisah yang telah membuat hati ini tersentuh. Kisah mengenai seorang lelaki yang sangat dimuliakan dan dihormati oleh penduduk2 kampung di tempat tinggalnya sehinggalah apabila dia mati, peduduk2 kampungnya telah membuat sebuah patung yang sangat besar dan gah sebagai memperingati lelaki itu dan sebagai tanda hormat kepadanya. Mereka menyembahnya dan sangat mengagungkannya, tiada siapa yang berani meruntuhkannya.
Hatta pada suatu hari, seekor burung yang berterbangan di langit telah membuang najis di atas patung tersebut tanpa sebarang perasaan takut. Semua penduduk kampung terkejut melihat situasi itu kerana selama ini patung yang sangat mereka agung2kan telah tercemar hanya berpunca daripada seekor burung yag kecil namun, patung yang sangat besar itu tidak dapat melakukan apa2 kerna ia hanyalah sebuah patung yang tidak bernyawa, bukan lagi sesuatu yang hidup malah hanyalah satu ilusi berbeza denga burung kecil tadi yang hidup dan mampu melakukan apa sahaja ke atas patung tersebut kerana ia merupakan satu realiti.
Daripada kisah ini kita dapat lihat bezanya antara ilusi dan realiti. Burung kecil tadi adalah analogi kepada orang2 Yahudi manakala patung yang besar dan gah pula adalah umat Islam. Hal ini kerana pada hari ini realitinya orang2 Yahudi walaupun bilangan mereka lebih kecil dari kita umat Islam, mereka sangat jelas dengan matlamat utama mereka iaitu untuk menjatuhkan Islam. Mereka berani melakukan apa sahaja asalkan matlamat mereka tercapai. Pelbagai cara telah mereka buat untuk menjatuhkan Islam namun sentiasa sahaja tewas di tangan umat Islam sehinggalah pada hari ini, umat Islam sudah semakin lemah dan mereka orang Yahudi berjaya menewaskan kita sedikit demi sedikit melalui perang saraf; hiburan, media massa, ideologi2 yang pelbagai dan menyesatkan, dan sebagainya. Itulah orang2 Yahudi yang dilaknat oleh Allah.
Sebaliknya, patung yang besar tadi pula dianalogi dengan umat Islam kerana seperti yang dapat kita lihat hari ini, umat Islam bilangan sangat ramai tapi majoritinya hanya Islam pada nama. Islam sentiasa diagung2kan tetapi umatnya sendiri tidak mengamalkan Islam itu sepenuhnya. Masih ada yang dikatakan Islam tapi tidak menutup aurat, berpakaian seperti orang Barat. Ada juga yang bila ditanya beragama apa, "Islam" tetapi pabila ditanya mengenai Islam, berkerut dahi mencari jawapan. Inilah yang dikatakan Islam hanya ilusi. Inilah puncanya kenapa Islam tak bangun2 sampai sekarang. Kerana umat Islam kini hanya tau mengatakan hebatnya Islam tetapi mereka sendiri tidak tau matlamat utama sebagai seorang muslim.
Hayya nufakkir ma'an!
Sampai bila kita ingin terus membiarkan Islam sebagai suatu yang ilusi semata2?
Di dalam surah al-Baqarah, ayat 208 yang mafhumnya : "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu," maka jelas kepada kita bahawa pengabdian diri secara menyeluruh dalam Islam merupakan pra-syarat bagi membolehkan diri manusia menggunakan label "orang yang beriman."
JOM mansuhkan Islam yang ilusi ini
dan
marilah kita jadikannya REALITI!!!! >_<
Let's be a REAL MUSLIM! =D
waAllahua'lam...

Friday, July 31, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah kerna masih berpeluang mengepost di sini...


Dah agak usang blog ni..huhu. Anyway, bila cakap tentang usang ni... ana teringat satu hadith Rasulullah tentang hati yang kosong dari ayat2 Al-Quran ibarat sebuah rumah yang lama & usang... Jadi, sentiasalah kita penuhi hati2 kita dengan bacaan ayat2 Quran especially di bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni.

Maaf buat teman2 yg menanti post baharu di sini... sejak masuk tahun ke-2 pengajian di USIM ni, agk sibuk dgn kelas..huhu. Sem baru ni kami dah stat study ttg subjek yg lebih menjurus kepada bidang kami, Fiqh & Fatwa ( memang dinanti2kan..hehe). Seronok sangat!! ^_~

But we're really worried about the influenza H1N1..huhu. Tempat belajar sekitar Nilai ni hampir semua dah ditutup macam UPM, Kolej2 di Melaka, Sek2 di Cheras, SMAB Kajang... Baru tadi kawan bagitau yg 2 kolej kediaman USIM dah mula diquarantin sebab semakin ramai yg disuspek H1N1... Doakan kami si sini!!

Inilah ujian buat kita... Kadang kala kita x perasan bila kita semakin menjauhi daripada Allah Taala... hanyut dengan nikmat dunia yg melalaikan... hiburan yg melampau... sibuk dengan kerja2 duniawi.. amalan2 sunat semakin jarang dibuat... al-quran sudah menjadi hiasan di atas rak... maksiat semakin berleluasa... maka Allah jatuhkan bala ini supaya kita sedar & kembali ke jalan yg sebenarnya.

Anggaplah penyakit2 ini sebagai kifarat bagi dosa2 yg telah kita lakukan samada kita sedar ataupun tidak. Marilah sama2 beristighfar kepadaNya semoga Allah tarik semula bala ini dan ampunkan kita semua... insyaAllah.

Friday, June 12, 2009

Bersyukur Kerna Masih Diuji ~

Kadang kala terdetik di hati ini,

Mengapa aku diuji sebegini,

Adakah kerna terlalu banyak dosa dalam diri??

Atau kerna diri ini sudah tidak disayangi??


Kenapa semua ini terjadi??


Namun kini aku bersyukur pada Ilahi...


Kerna aku telah menemui jawapan yang dicari selama ini,


Kerana Allah menyayangi diri ini,

Barulah aku diuji,

Kerana diriku sering leka dan lalai,

Barulah aku diuji,

Supaya Allah dapat kudekati,

Barulah aku diuji,


Sebagai muhasabah buat diri,

Agar tidak terlari dari jalan Allah ini,

Agar dapat membersihkan hati yang sentiasa ternoda ini,


Kerna itulah diri ini diuji,


Aku bersyukur kini...

Kerna masih diuji oleh Yang Maha Mengasihi...

Semoga ujian ini dapatku atasi...

Dengan bantuan dan pertolongan dari Ilahi...


Terima kasih ya Allah kerna masih sayang akan diri ini!

Thursday, June 4, 2009

Dome of the Rock vs Al-Aqsa Mosque.... confused??

the Dome of the Rock



Have you seen this building? It is the most universally recognized symbol of Jerusalem, the Dome of the Rock. It is not a holy place of neither Jewish nor Christian but it is the Muslims one. This historical building is located at Jerusalem in Palestine.
Just like KLCC in Malaysia, the Dome of the Rock is a bench mark of Jerusalem. It is one of the most celebrated and most remarkable monuments of early Islam. Inside the building, there is a marble called " The Flagstone of Paradise" which is a hanging marble placed where our Prophet s.a.w ascended to the heavens during the event of Isra' and Mi'raj. Every year, many pilgrims and tourists will come to visit it.
However, there are some people who still confused between the Dome of the Rock and the Al-Aqsa Mosque. Both are different buildings. Al-Aqsa Mosque which the largest mosque in Jerusalem is located nearby the Dome of the Rock. Both are very historical, remarkable and could be one of the wonders of the modern world for me!

~ Al-Aqsa Mosque
Wallahua'laam ~

Wednesday, May 27, 2009

MusLeEmS iDoL... wHo??


let's start with Basmalah ~

Nowadays, the reality TV shows are very popular among Malaysians especially.. What is SO SPECIAL about it?? it is because of the artist?? AF is the most popular today. Recently, AF 7 ( if i mistaken) just finished and i watched the final concert... very sad..huhu. Most of the fans are among our youth. Why is this happen?? When we asked "who is your idol?? " most of us will answered " our lovely Prophet Muhammad s.a.w..." . If we say so, why we still didn't follow what our Prophet had told us?? Who is our idol actually??


Who are they??


idol??













We can remember the important date about our artists, when they born and where, who is their family, their siblings, their life... what he/she loves and hates... and most our youth nowadays love to be like their admired artist. We always try to find the latest info about them. Why we are too curious and interested to know about them not our 'real idol' ??

Do u know who is our Prophet parent?? When did he (s.a.w) born? what he LOVE and HATE?? What he likes and dislikes?? who is his wife?? how was his life?? Did you know all these? But we said that he is our IDOL in life...


this is what happened today...


what happened to the musleems??



who is our real idol is??

Hayya nufakkir ma'an! let's muhasabah ourselves!!

Tazkirah to ALL and me myself of course!

WaAllahua'laam ~


Friday, April 24, 2009

Nikmat Tidur (^_^) Zzzz






Salam buat semua... Bismillahirrahmanirrahim...



Actually tak tau nak post ape..hee.. ana masih lagi minggu final exam. Lagi 3 paper..huhu. Wish me luck ok!! Untuk post ana kali ni..hmm, oleh kerana tengah musim exam ni... nikmat yang paling diingini semua memanglah TIDUR..huu. Stay up tu biasa la walaupun kadang2 rasa macam tak brape bagus sgt (mmg tak bagus pun)... tapi itulah budaya student2 di M'sia nih.. last minute baru nak pulun..huhu.


Ok, hari ni ana nak share dgn u all sedikit info tentang nikmat tidur yang sudah Allah Taala kurniakan kepada hamba2Nya cuma kita yang tidak berapa menghargainya...huhu.



ini sedikit info yang ana dapat mengenai an-Naum ~




Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :-



Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?

Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada peraturan tertentu mengenainya. Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Sebagai contoh, seorang bayi memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding orang dewasa. Orang yang bekerja dengan menggunakan fikirannya sudah tentu memerlukan lebih banyak tidur dibandingkan dengan orang yang bekerja dengan fizikalnya. Orang sakit pula memerlukan lebih banyak tidur daripada orang sihat.





Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba’: 9 - 11). Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.



Bagaimana patut kita tidur ?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan. Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.




Adakah cara kita tidur mengikut cara yang betul?? Hargailah nikmat tidur yang Allah beri pinjam kepada kita sebelum ia akan ditarik semula.. Ini sangat penting especially bagi kita para dae'i. Walaupun kurang tidur tapi pilih tidur yang berkualiti. Seperti as-Syahid Hassan al-Banna, beliau cuma tidur lebih kurang 2 jam setiap hari ( kalu tak silap ) disebabkan terlalu sibuk dengan kerja2 dakwahnya. Ada satu yang pernah ana baca, Al-Banna pernah meminta anak perempuannya mengejutkannya selepas 7 minit kerana beliau ingin tidur sebentar. Betapa hebatnya para pendakwah pada masa itu sehingga terpaksa mengorbankan nikmat tidur ini demi menegakkan Islam..masyaAllah. So, kita ada mata kita lihat, kita ada telinga kita dengar, kita ada otak, marilah kita fikir2kan.. WaAllahu a'laam~



p/s>> Bittaufiq wan najah buat mereka yang sedang menghadapi final exam sepertiku...hehe =D