CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Friday, April 24, 2009

Nikmat Tidur (^_^) Zzzz






Salam buat semua... Bismillahirrahmanirrahim...



Actually tak tau nak post ape..hee.. ana masih lagi minggu final exam. Lagi 3 paper..huhu. Wish me luck ok!! Untuk post ana kali ni..hmm, oleh kerana tengah musim exam ni... nikmat yang paling diingini semua memanglah TIDUR..huu. Stay up tu biasa la walaupun kadang2 rasa macam tak brape bagus sgt (mmg tak bagus pun)... tapi itulah budaya student2 di M'sia nih.. last minute baru nak pulun..huhu.


Ok, hari ni ana nak share dgn u all sedikit info tentang nikmat tidur yang sudah Allah Taala kurniakan kepada hamba2Nya cuma kita yang tidak berapa menghargainya...huhu.



ini sedikit info yang ana dapat mengenai an-Naum ~




Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :-



Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?

Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada peraturan tertentu mengenainya. Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Sebagai contoh, seorang bayi memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding orang dewasa. Orang yang bekerja dengan menggunakan fikirannya sudah tentu memerlukan lebih banyak tidur dibandingkan dengan orang yang bekerja dengan fizikalnya. Orang sakit pula memerlukan lebih banyak tidur daripada orang sihat.





Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba’: 9 - 11). Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.



Bagaimana patut kita tidur ?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan. Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.




Adakah cara kita tidur mengikut cara yang betul?? Hargailah nikmat tidur yang Allah beri pinjam kepada kita sebelum ia akan ditarik semula.. Ini sangat penting especially bagi kita para dae'i. Walaupun kurang tidur tapi pilih tidur yang berkualiti. Seperti as-Syahid Hassan al-Banna, beliau cuma tidur lebih kurang 2 jam setiap hari ( kalu tak silap ) disebabkan terlalu sibuk dengan kerja2 dakwahnya. Ada satu yang pernah ana baca, Al-Banna pernah meminta anak perempuannya mengejutkannya selepas 7 minit kerana beliau ingin tidur sebentar. Betapa hebatnya para pendakwah pada masa itu sehingga terpaksa mengorbankan nikmat tidur ini demi menegakkan Islam..masyaAllah. So, kita ada mata kita lihat, kita ada telinga kita dengar, kita ada otak, marilah kita fikir2kan.. WaAllahu a'laam~



p/s>> Bittaufiq wan najah buat mereka yang sedang menghadapi final exam sepertiku...hehe =D