CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Friday, April 24, 2009

Nikmat Tidur (^_^) Zzzz






Salam buat semua... Bismillahirrahmanirrahim...



Actually tak tau nak post ape..hee.. ana masih lagi minggu final exam. Lagi 3 paper..huhu. Wish me luck ok!! Untuk post ana kali ni..hmm, oleh kerana tengah musim exam ni... nikmat yang paling diingini semua memanglah TIDUR..huu. Stay up tu biasa la walaupun kadang2 rasa macam tak brape bagus sgt (mmg tak bagus pun)... tapi itulah budaya student2 di M'sia nih.. last minute baru nak pulun..huhu.


Ok, hari ni ana nak share dgn u all sedikit info tentang nikmat tidur yang sudah Allah Taala kurniakan kepada hamba2Nya cuma kita yang tidak berapa menghargainya...huhu.



ini sedikit info yang ana dapat mengenai an-Naum ~




Menurut perspektif Islam, persoalan mengenai tidur boleh dibahaskan meliputi perkara-perkara seperti berikut :-



Berapakah jumlah jam patut kita tidur dalam sehari ?

Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya tiada peraturan tertentu mengenainya. Ahli perubatan menyarankan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Namun sebenarnya, tidur bagi tujuan istirahat ini bergantung kepada usia, jenis pekerjaan dan keadaan setiap individu. Sebagai contoh, seorang bayi memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding orang dewasa. Orang yang bekerja dengan menggunakan fikirannya sudah tentu memerlukan lebih banyak tidur dibandingkan dengan orang yang bekerja dengan fizikalnya. Orang sakit pula memerlukan lebih banyak tidur daripada orang sihat.





Bilakah waktu yang sesuai untuk tidur ?

Malam hari adalah waktu terbaik untuk tidur berdasarkan fitrah alamiah kejadian manusia. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat, Dan Kami menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi), Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. (An-Naba’: 9 - 11). Perlakuan tidur di luar aturan alamiah ini akan menimbulkan suatu beban yang lebih besar dan menghasilkan keadaan yang tidak sihat. Sebagai buktinya, kita dapat melihat pelajar yang terlalu berjaga malam dengan pelbagai aktiviti akan gagal ke kuliah pada awal pagi atau berasa mengantuk pada siang hari. Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik ialah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10 malam. Waktu-waktu yang tidak seharusnya kita tidur ialah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.Menurutnya, tidur pada waktu-waktu ini tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.



Bagaimana patut kita tidur ?

Tidur mempengaruhi metabolisme tubuh dan merangsang daya penyerapan. Oleh yang demikian, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara.Tidur banyak bukan menjadikan kita segar bersemangat tetapi malah berasa lemah tubuh badan. Ibn Qayyim menyatakan bahawa banyak tidur akan mematikan hati, memberatkan badan, membazirkan masa, mewarisi sifat kelalaian dan malas. Beliau menyatakan hukum banyak tidur sebagai sangat makruh di sisi Allah.




Adakah cara kita tidur mengikut cara yang betul?? Hargailah nikmat tidur yang Allah beri pinjam kepada kita sebelum ia akan ditarik semula.. Ini sangat penting especially bagi kita para dae'i. Walaupun kurang tidur tapi pilih tidur yang berkualiti. Seperti as-Syahid Hassan al-Banna, beliau cuma tidur lebih kurang 2 jam setiap hari ( kalu tak silap ) disebabkan terlalu sibuk dengan kerja2 dakwahnya. Ada satu yang pernah ana baca, Al-Banna pernah meminta anak perempuannya mengejutkannya selepas 7 minit kerana beliau ingin tidur sebentar. Betapa hebatnya para pendakwah pada masa itu sehingga terpaksa mengorbankan nikmat tidur ini demi menegakkan Islam..masyaAllah. So, kita ada mata kita lihat, kita ada telinga kita dengar, kita ada otak, marilah kita fikir2kan.. WaAllahu a'laam~



p/s>> Bittaufiq wan najah buat mereka yang sedang menghadapi final exam sepertiku...hehe =D

Saturday, March 21, 2009

Siapa Lagi Bagus??

Bismillah ~


Alhamdulillah... akhirnya tangan ini berjaya juga menulis walaupn x seberapa... ini cumalah sebuah latihan untukku menjadi lebih baik dalam bidang penulisan ini.. huhu.


Pada entri kali ni, ana ingin berkongsi tentang satu topik yang pada ana agak menarik perhatian dan perlu diambil perhatian oleh antum juga. Semenjak peristiwa serangan besar-besaran ke atas Gaza mutakhir ini, pasti umat Islam kini mula mengenali Yahudi ( Israel ) setelah kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat Palestin di Gaza. Kalau ana tanya siapakah Yahudi?? pasti semua tahu... Kalau nak dibandingkan orang Yahudi dan umat Islam, siapa lebih HEBAT?? Sudah pasti kita akan mengatakan umat Islam lebih hebat... Namun pada hakikatnya, pada hari ini Islam sedang jatuh merudum manakala Yahudi semakin tinggi dengan gahnya... Siapa LEBIH HEBAT sekarang??


Ana sangat kagum melihat bagaimana orang Yahudi mendidik anak2 mereka. Mereka ( wanita-wanita Yahudi) sangat mengambil berat tentang kandungan mereka serta mendidik anak-anak mereka sejak dalam kandungan lagi. Mereka menjaga pemakanan ketika mengandung, menjaga pemakanan anak-anak mereka sewaktu membesar, kemudian pendidikan dan latihan berterusan diberikan ketika mereka membesar, seterusnya mereka diberi cabaran yang sepatutnya untuk membangunkan kreativiti mereka serta pelbagai lagi sifat-sifat murni yang telah ada dalam ajaran Islam. Di tambah lagi bilangan anak yang sedikit jadi mereka dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak mereka. Ana juga suka untuk berkongsi petua2 yang biasa diamalkan oleh kaum ibu dalam kalangan orang Yahudi supaya kita dapat lihat betapa telitinya orang Yahudi dalam mendidik anak2 mereka (petikan dari sebuah artikel yg telah diringkaskan )...


Di antara petua yang diberikan adalah ibu mengandung akan melakukan perkara-perkara berikut:



1) sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano.



2) si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami sehingga beliau melahirkan anak.



3) pemakanan, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang.



4) merokok adalah taboo. Menurut kajian di Universiti Israel, nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.



5) Pemakanan anak-anak amat dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).



6) Kebanyakan mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak).



7) bermain sukan menjadi kewajiban dengan keutamaan sukan memanah, menembak dan berlari, ia dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



8) Pendidikan sekolah rendah yang ditekankan adalah matematik manakala sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut.



9) Cara Ibadat orang Yahudi : Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala.



Bagi penulis, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, mungkin beberapa generasi. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka, demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak."





Daripada petua2 ini, kita dapat lihat bagaimana kesungguhan orang Yahudi merancang untuk menjatuhkan Islam. Mereka telah melatih anak2 mereka semenjak dari kecil lagi supaya pada masa hadapan generasi baru mereka ini akan menggantikan tempat mereka untuk meneruskan perjuangan mereka menghancurkan Islam. Betapa hebatnya persediaan mereka! Bagaimana dengan kita?? Pada hari ini kebanyakan gejala2 sosial yang melanda semuanya melibatkan anak2 muda muslim yang sudah hanyut dan leka dengan perangkap2 Yahudi laknatullah!! Apa yang kita sudah lakukan?? Apa tindakan yang kita ambil?? Mereka Yahudi sedang merancang untuk menjatuhkan kita tetapi kita umat Islam langsung tidak melakukan apa2.... Marilah sama2 kita fikir2kan.. Sebagai tazkirah buat semua & diri yang lemah ini (T_T)


P/S: buat mereka yang baru atau bakal mendapat cahayamata, rancang & didiklah anak itu dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah generasi yang bakal menggantikan kita kelak ( ^_^ )



WallahuA'laam ~



>>amany_Na_sOlehah<<


Saturday, February 7, 2009

da'ei yang MANJA ??

in the name of ALLAH ~

Ana mahu kongsikan bersama2 sahabat2 tentang sebahagian artikel oleh Drs. DH Al Yusni..
sgt tersentuh & menarik hati ana..huhu.. sila hayati >>

Marilah kita telusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja. Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya.

Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail pamit untuk ke kota lainnya. Karena keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan ongkos( tambang ) untuk naik taksi. Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan taksi dan mobil-mobil mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karena itu, pakailah ongkos ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” Beliau pun menjawab,

“Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khawatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kendaraan umum saja.”


Sangat beruntung jikalau ramai da'ei di negara kita bersikap seperti Abdul Fatah. Kita bagaimana?? Pergi program perlu dijemput dan dihantar pulang... 'tiada transport' sering menjadi alasan para da'ei kita untuk tidak menghadiri program2 dakwah... marilah sama2 bermuhasabah & tajdid diri ini.. (",)


Wallahua'llam ~

Tuesday, January 27, 2009

MK '09 ~ interesting!! :D

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah wa syukrulillah... akhirnya sampai juga ke rumah ptg semalam setelah 3 hari bermukhayyam di Impian Resort, Hulu Langat. First time join Mukhayyam Khoriji ni... mulanya agak kurang berminat la nk join tapi rasa rugi pula kalu tak pi..huhu. Akhawat USIM 4 org yg pergi... kami pi naik train. Bukan student oversea je pi prog naik public transport, kami di M'sia ni pn kne naik public transport tau nk pi prog..huhu.. tapi itulah cabaran nak menjadi da'ei ni.. Kami naik train dari Nilai ke KLC, then tukar Star ke Dato' Keramat. Sambil2 ats train 2 t'pikir gak, prog kt Hulu Langat, naik train smpai Ampang... mcm dah jauh sgt je.. tp urusetia dah bg arahan cmtu, ikut je la. Taat & Thiqah kan...hee. kami bertolak Jumaat mlm lps Maghrib. smpai di DK dlm jam 11.00 mlm. Then, ktorg singgah solat isyak di situ. Lepas je solat, kami actually kena naik bas ke Ampang Point sbb ada urusetia akan jemput dari situ. Nak jadi cerita, van yang akan amkil ktorg tu jatuh sakit pulak... hmm.. So, kakak fasi tu kata suruh kami tunggu je di train station tu sbb dah mlm sgt. ana dan sahabat2 ana ni da berlagu2 dah perut nih...lapo blum makan mlm lg..huhu. Nsib baik la kakak tu suruh kami pi makan2 dulu kt restoran2 berdekatan... Alhamdulillah..

Malam tu kami bermalam di rumah kakak Wan ( kakak yg jemput kami) sbbnye dah sgt mlm. Actually mlm tu ada prog night walk ( kata kakak Wan )... Fuh! dalam hati lega rasa sbb slot tu yg paling ana x suka kalu pi cmping2 nih...mmg lega lah dgr. Esok paginya, awal pagi kami keluar...dalam sejam jugak la nak smpai ke tmpat MK '09 ni. Dalam jam 8++ pg tu kami smpai ke destinasi yg dituju... segan la pulak nk masuk sendiri... ada yg smpai menyorok tepi kereta2 la malu punye pasal..heheh.. Then, k.Wan teman kami masuk... rupenye prog asing ikhwah akhawat... ( patut la nampak semua ikhwah je time mula masuk tu..huhu ). Time kami sampai tu akhawat sedang berkawad... Ni satu lagi aktiviti yg ana tak gemar jugak... selamat lagi..heheh. datang2 terus makan sarapan...tepat pada waktunye.. Time makan bebas nak duduk mane, sempat berkenalan sikit2 dgn teman2 baru dari CUCMS. Then, bermula lah mukhayyam khoriji kami..hee. banyak lah prog2 yg menarik. 70% aktiviti2nye adalah outdoor. Rupe2nye NIght Walk semalam x sempat buat...( TIDAK!! kena buat jugak nampaknye... x mau!!..). mmg Allah nak uji betul..huhu.

Pagi tu mula dgn Ceramah... ada 2 slot, tajuk pertama "Taat & Thiqah" and kedua " Stamina Iman". Kedua2nya menarik. Tapi menarik2 pn, ana sempat jgk la syahid sekejap..huu.. x tinggi langsung stamina iman ni.. (ToT)

And then, ada slot bernasyid lagu tema and pertandingan yell.. bersemangat je bila tgk tiap2 kump buat persembahan yell masing2.. semua macam nk pi berjihad la.. Takbir!! Ana kump Ummu Salamah, yell kami simple tp unik..hihi. Lepas tu, start la aktiviti outdoor... Teamwork & Leadership Games. Very interesting!! Every team need to divide their group members into three group people, a leader and a thinker, 3 managers, and others were workers. Then, kami diberi 1 binaan m'gunakan batu bata melalui leader, leader akan bgtau thinker, thinker pulak bgtau managers, and managers bgtau workers. tiap2 group hanya bole berhubung dgn org atas mrk shj mcm workers cuma boleh berhubung dgn manager shj and so on. Tru game ni la kami dapat blajar macam mana gerak kerja bila berada dalam medan dakwah...antara murobbi dgn mutarobbi, naqib dgn anak usrahnya... cara yg betul utk berkomunikasi ketika berbincang utk sesuatu prog...dan byk lg la...

Ptg itu pula kami ada Laluan Berhalangan...mmg terhalang betullah... mula2 kena berenang dlm pasir, tak pe la tahan lagi... lepas tu kena berenang dlm LUMPUR pulak...Fuh!! Lencun la kami semua... tak ade yg terkecuali.. mlm tu pula ada 1 lg ceramah ttg " Musuh2 Islam ". walaupn hanya 1/2 jam tp sgt menarik.. Then, night walk....huhu. berdebar2 nk tnggu giliran. kena masuk hutan mlm 2.. ktorg kena masuk berdua2 dlm hutan yg sgt la gelap gulita cuma berpandukan tali & berbekalkan doa...Alhamdulillah kami semua selamat keluar walaupun ada juga sahabat2 yg terluka tgn dan kaki akibat melecet pegang tali, tergelincir la... macam jungle trekking cuma gelap je..huhu.

Ghadan, mukhayyam kami diteruskan... lebih banyak aktiviti outdoor. Antara aktiviti2 yg menarik hari itu seperti Stress Management Games ( ttg Palestin ), macm ala2 Explore race la, ada checkpoint2. Then, tgh hari tu ada Jungle Trekking. Yg menariknya, sambil2 berjungle trekking ada game2 yg diadakan time dalam hutan... Bukitnye agak curam jgk la.. time naik ok sikit tp smpai time turun... ada jgk yg tergelincir sana sini..huhu. Sebelah malam pula ada Malam Kesenian Islam ( Islamic Culture Night )... semua kump mantop2 persembahannye.... ada yg kelakar, ada yg sedih, yg seram pn ada jgk..hee.. Esoknye cuma penyampaian hadiah and majlis penutup... my team menang..hehe.. itu tak penting sgt, yg pentingnye ialah pengisian prog itu.. betul tak??





kata2 peringatan buat kami ~

semuanya khusyuk wa khudhuk..good!!

para peserta dari pelbagai IPT


kakak fasi pun buat persembahan jgk..bersemangat menyanyikan
lagu Merah Saga

sempat bergambar sebelum pulang..hee


bergambar bersama semua peserta n fasi

Anyway, i'm really enjoy joined this MK '09!!! Just wanna share... hope all of u enjoy with it!! =D

Thursday, January 15, 2009

Program..program...& program..



Alhamdulillah... setelah sebulan lebih my weekend full dgn program..huhu.. minggu ni rase agak relax sikit. Memang cabaran tahun baru betul.. kadang2 diri ini rase agak berat bila menghadiri program2 nih... mula2 dengan PKN (27 & 28 Dis), then Task Force di KLCC ( mlm new year ), nextweeknye daurah K-USIM pula ( 3 Jan 09), next weekend Demo Selamatkan Gaza, KAPPeL (Kursus Pra-Perkahwinan..hee..tmbah ilmu..) . huh! semua berturut2... homework pun bertimbun2 la jadinye..huuu.

Tapi bila renung2 sejenak... sebenarnye program2 ni semua adalah tarbiah & pengalaman. contoh macam KAPPeL, ana bukan nak pergi pn sebenarnye...hee.. kalu x sebab desakan teman2 seperjuangan, xmau pi dah.. (sebenarnye segan sbb masih merasa diri ini belum matang sepenuhnye...huu.. malu!!). Tapi bila da pi, wah...seronok juga lah. Sbb dapat byk info2 baru.




time PKN~ramai jgk ahli2 FASA kt atas tu..hehe

gerai K-USIM di Karnival anjuran Karisma~

PKN pun first time ana pi kali ni.. sgt menarik lah walaupun xdpt nk tengok keseluruhan program ( sbb kena jaga gerai..huu) but i had got many new things!! Time Task Force di KLCC pun... huh!! macam culture shock jgk la mula2... first time tgk live apa yg berlaku ke ats anak2 muda M'sia hari ni... rakyat2 Palestin sedang bergelut dgn nyawa.. rakyat M'sia??? sgt sadis... tasknye kami kena edarkan flyers pd ank2 muda kt situ yg dtg utk celebrate new year... dgn pak polisi & pak guard yg ada merata2 melarang kami utk edarkan flyers... mereka lagi rela biarkan remaja2 kita bergelumang dgn maksiat & dosa...

~ daurah DDI anjuran K-USIM~



Ana teringat kata2 Hassan Al-Banna,
"tarbiyah bukanlah segala-galanya tp dari Tarbiyah lah bermula segala-galanya..."

Bagi ana pengalaman adalah salah satu tarbiyah buat diri kita... melalui pengalaman2 baru inilah banyak mengajar kita erti hidup yang sebenar..

Moralnya, jgn rasa beban utk menghadiri program2 seumpama ni...heee.. peringatan buat diri yg lemah ini..
WaAllahua'laam...

Wednesday, January 7, 2009

FREE Palestin!!



Masyarakat di Gaza menyaksikan beberapa roket yang digunakan Zionis-Israel menggunakan bahan baru yang belum pernah digunakan sebelum ini. Menurut mereka, roket yang dilepaskan akan jatuh dan membentuk seperti cawan yang marak terbakar dan terus membakar apa yang ada di sekitar bom itu. Roket itu turut meletup sebanyak dua kali.Menurut pakat, tentera Zionis-Israel menggunakan bahan phosphur dalam membuat bom. Bom ini turut digunakan ketika serangan ke atas Lebanon tahun 2006.
~ Apa sumbangan kita???
~ Apa tindakan kita??
~ Sanggupkah kita pergi berjuang bersama pejuang2 islam di sana???
~ Adakah cukup sekadar berdoa???
~ Apakah kita snggup melihat anak2 yg masih mentah dibunuh tanpa belas kasihan??? Rumah2 Allah dimusnahkan?? Ibu2 meraung2 mencari anak2 mereka???
~ sudahkah kita BOIKOT barangan2 Israel Laknatullah???
Marilah kita renung2kan sejenak... mereka di Palestin sedang menderita... sedang berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah air & agama terCINTA... Kita??? masih bergoyang kaki di sini tanpa merasa apa2... walaupun bila membaca mengenai isu2 Palestin di dada2 akhbar, rasa kasihan... tapi kalu kita masih membeli barangan & produk2 Israel, Amerika... sama seperti kita sedang mengebom saudara2 kita di sana... Adakah ini dikatakan kita sudah menyumbang??
Let's pray for all muslims in Palestin!!! Save Palestin.. save Al-Quds... save ISLAM!!!

Wednesday, December 17, 2008

sEbuaH peRTemuaN >>


SAHABAT ~


DIKALA AKU KERIANGAN...
MENDENGAR SANG CAMAR BERLAGU RIANG...
KAULAH TEMAN KETAWAKU...


SAHABAT ~

DIKALA AKU KESEDIHAN...
MENCARI SINAR PENGAHARAPAN...
KAULAH TEMAN MENANGISKU...


SAHABAT ~

TIBA KINI DETIK PERPISAHAN...
MAWAR MERAH KU HULURKAN...
TANDA PERSAHABATAN...
UNTUK KEJAYAAN DI MASA DEPAN...






setelah bberapa lama nggak ketemu... kangan bangat!
reunion L.i.M.A 15hb bru2 ni ~ hehe




SAHABAT SELAMANYA ( ^o^ ) ~

>>Life Is More Advanterous now<< all the BeST my Friends!! innaAllah ma'anaa ~