CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Sunday, June 1, 2008

usRaH ku sELama iNi...

Let's start with Bismillahirrahmanirrahim....

First of all, thanks 2 nad for ur tag...huu.. dengan berbuat begini, kita dpt flashback balik ape yg penah kita belajar selama kita usrah nie.. so, let's share~

1) Berapa lama anda dah sertai usrah??

hmm.. semasa sekolah rendah ade buat skit2 tp mula aktif sejak masuk sek men la.. sejak
form 1.


2) Bagaimana anda boleh sertai usrah?

basically, bermula di sekolah.. memang ade 1 masa khas utk usrah..


3) Kenapa anda menyertai usrah?

pada mulanya sebab usrah termasuk dlm silibus pengajian di sek... tp setelah beberapa thn
mengikuti usrah, ana merasakan usrah merupakan satu keperluan bagi kita utk terus
menghadapi hari2 yg mendtg... usrah adalah sperti makanan rohani bg kita..


4) Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

- merasakan masih yg perlu dilakukan utk mengabdikan diri kpd Allah... amalan kita masih
belum cukup.
- jadi lebih bersemangat utk terus berdakwah.
- lebih bersungguh utk berubah kpd yg lbh baik.


5) Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

- ketenangan di jiwa
- ilmu tambahan
- pelbagai pendapat yg berbeza2 dr rakan2 usrah including naqibah
- pengalaman yg berbagai2 dlm berdakwah serta boleh dijadikan contoh
- waktu utk memuhasabahkan diri


Peraturan Tag:
1) Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2) Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3) Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4) Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5) Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6) Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain




makanya saya berbesar hati untuk tag

1.. nur lina solehah

2.. awatif hasni

3.. aisya nadira

4.. sarah afiqah

5.. naya

Friday, May 30, 2008

Kiamat Sudah DEKAT....

in the name oF ALLAH... BismiLLah..


Apakah benar kata orang "Kiamat sudah Dekat" ?? Selalu je kita dengar dari mulut-mulut manusia hari ini mengatakan dunia dah nak kiamat nih... tapi.. masih ramai lagi yg pandang ringan benda ini.. Ramai lagi muda-mudi kat luar sana yg masih terus melakukan maksiat tanpa sebarang perasaan gementar atau takut..

Sampai hari pun kita dapat lihat pelbagai tanda kecil kiamat misalnya bencana alam di serata dunia.. maksiat yg semakin berleluasa.. anak-anak memperhambakan ibubapa mereka sendiri.. adakah kita sedar semua ini??


Beijing- Gempa bumi berkekuatan 7,8 pada skala Richter awal pekan ini meluluhlantakkan banyak bangunan di kawasan barat daya China . Itu merupakan pukulan terkini yang menerpa China setelah awal tahun ini dilanda badai salju yang hebat dan kerusuhan di Tibet. Hampir 56.000 orang meninggal dunia dan sekitar 25.000 hilang dalam gempa bumi pekan lalu di Provinsi Sichuan di China Barat, demikian angka-angka yang dikeluarkan pemerintah.






Kesan gempa bumi di Sichuan, China







anggota2 penyelamat sedang mencari mangsa2 gempa.







Tengah AS- DES MOINES 26 Mei 2008, Ribut petir yang membawa hujan batu dan puting beliung melanda bahagian tengah Amerika Syarikat (AS) semalam menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan puluhan kediaman rosak.




antara tornado yg paling dahsyat yang pernah berlaku...




puting beliung yg sgt dahsyat sedang menyerang
salah sebuah kawasan perumahan di Tengah AS


Myanmar- Korban tewas akibat badai Nargis yang melanda Delta Irrawaddy di Myanmar kemungkinan melampaui 100.000 orang







Taufan ini telah menenggelamkan banyak kawasan2 kediaman
di Myanmar.. (",)

kerosakan2 akibat drpd taufan Nargis ini


salah satu punca berlaku bencana.. manusia ingkar

pada perintah Allah Taala..

Adakah semua ini cuma kebetulan semata-mata??

dalam Al-Quran juga Allah menyebut bahawa sesungguhnya Kiamat itu sudah dekat dengan kita.. Firman Allah dalam surah Al-Anbia',

“ Telah dekat kepada manusia hari menghisab amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (dari pada-Nya)” (21 : 1)

Rasulullah juga pernah bersabda:

“(jarak) aku diutus dengan hari kiamat adalah seperti (dua jari) ini, (dan Rasulullah merapatkan jari-jarinya)”. (riwayat Bukhari)

Salah satu tanda-tanda kiamat adalah berlakunya banyak huru-hara termasuk banyak bencana alam seperti yg dapat kita lihat pada hari ini.

Firman Allah:

" Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yg benar) " ( Ar-Rum: 41)

Banyak bukti telah Allah tunjukkan kpd kita.. namun, mengapa kita masih lalai dan tidak bertaubat kpd allah Taala. Oleh itu, marilah kita sama2 beristighfar menginsafi diri ini.. perkasakan ibadah kita kpd Nya disamping berdakwah kpd mereka yg masih di dalam kesesatan..

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

waAllahu a'lam.. (",)

Thursday, April 3, 2008

Fitna...??

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang si bangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya. walaupun kita masih belum mampu untukmenentang mereka, sekurang2nya kita mampu utk memboikot barangan mereka.. sepertimana kita memboikot barangan israel..

Bayangkanlah... bagaimana perasaan kita apabila kekasih hati kita telah dihina dgn sebegitu teruk sekali.. kita masih sanggup memberi bantuan kpd musuh2 kita ini??? Inikan pula berkaitan dgn agama kita...islam yg dicintai... kekasih kita, Rasulullah s.a.w.... kitab suci kita, al-Quran kareem.. agama islam dihina...rasul kita dicaci... ayat Quran disalah tafsir & dibuat main2.. apa tindakan kita?? takkan nak tengok saja tanpa berbuat apa2?? so, apa tunggu lg?? JOM same2 kita BOIKOT barangan mereka tak kisah la Belanda mahupun Israel... Hayya ya muslimin!!!

Apa yg patut kita BOIKOT??


*Restoran WindMill
*Shell
*Dutch Lady.
*Barangan Elektrik Philips
*sebahagian besar penaja Christian Albers
*Syarikat yang mempunyai nama "contoh n.v."
*Senarai Syarikat Belanda di Malaysia (pdf)
*Produk-produk Unilever

Groceries:










Ais krim:


Household:

HBA:




++ Lux, Ponds, Rexona, Sunsilk....

Wallahua'lam.. (^_^)

Thursday, March 13, 2008

Penantian sudah berakhir..fuh! (^_^)

~ بسم الله الرحمن الرحيم ~


on 30 oct 2007 , lastly!! we're FREE!! we got freedom after almost 10 month
we had study hard 4 our STAM exam... Yeah!!

dan sekarang..

tarikh keramat.. 12 mac 2008.. akhirnya dtg juga..

setelah sekian lama aku menanti2kannya dgn penuh debaran..


bukan aku shj, malah semua rakan2 seperjuanganku yg lain..
calon stam 2007.. hu3.



pada 12 mac '08, kira2 jam 12.15 tgh hari... aku call pejabat SMAH..
dgn penuh sabar & debar... dup dap..dup dap..

kemudian..


Alhamdulillah!!


aku berjaya mendpt result yg baik... syukur kpd Allah..
13 drpd kami berjaya mendpt MUMTAZ.. 5 darinya mendpt
STRAIGHT mumtaz.. Mabruk!!

walaupun ada bberapa yg rasib tp bagiku...
kami semua telah berjaya!!

semoga segala impian & cita2 yg diimpikan bakal tercapai

Ameen~

THANKS ALLAH =)

Thursday, March 6, 2008

Wake Up Muslims!!!


Bismillahirrahmanirrahim...


hmm.. lame da rsenye x update blog nih. Knape yek?? kalu nk kata busy tu.. rsenye semua org pn busy gak tp blog2 mrk 'ter'update jer..huhu.. yg pnting how we manage our time actually. Nak seribu daya, x nak seribu dalih...


Bile da lme x mnulih nie.. nak mula balik tu bukan main susah. But it's ok... cume agk kegersangan ide la..heheh..


Pejam celik, celik pejam... da masuk bln Mac.. fuh! masa mmg sgt cepat skrang nih... itu tandanya kiamat sudah dekat..hu3. Amalan kite pe citer ha?? da cukup ker?? dah ready nk kmbali kpd Allah?? Ana pernah ikuti satu prog alumni skola... kami kena pi buat dakwah kat org ramai di sebuah shopping kompleks. Sblm mule tu.. mmg gementar la.. coz kita x tau ape la respon org2 tu nnti...hmm.


Kami kena tanya mrk 2 je soklan cepumas..hihi.. iaitu ; 1) apa anda puas jika ditakdirkan besok or sebntar lagi kita mati.... adakah anda rasa amalan sudah cukp utk bertemu Allah??

2) bila fikir2...jauh di lubuk hati anda, apakah benda/ perkara yg paling dicari2 & diimpi2kan??


Bila ana tanya mrk... kebanyakannya menjawab TIDAK utk soklan pertama.. ana tanya kenapa?? hampir kesemuanya menjawab krn amalan masih belum cukp. Ada juga yg mnjawab amalannya belum cukp sbb dia sibuk bekerja utk menyara ank2 sehingga x smpat nk buat ibadat.. ( betul ke konsep nih??mna lg penting sbnarnya?? ). pastu ttg soklan yg kedua tu... majoritinya mnjawab perkara yg plg mrk inginkan dlm hidup ialah kebahagiaan... ( ye ke itu yg mrk cari sbnarnya?? )


Inilah pemikiran masyarakat biasa.. ramai lagi yg masih jahil ttg agama.. apa gunanya kita blajar agama... ikuti usrah.. tapi x amalkan ilmu yg ada dgn sebaiknya... Sbnarnya utk soklan kedua tu apa yg sbnarnya kita tercari2 & terimpi2 dlm hidup ini adalah Allah Taala.. apa shj yg kita buat di dunia ni... hanya utk mndptkan keredhaan Allah supaya kita akan kmbali kpdNya di akhirnya...


Hmm.. itu la.. sekejap je masa berlalu.. kita??? adakah sama je seperti sblm ni? apa sumbangan kita kpd islam selama waktu ini?? Amalan kita da takat mana pula?? Dah cukup utk kita ke syurga??? Dlm kesibukan hidup nie.. yg sdg study, sibuk dgn homework & assignment.. yg kerja, sibuk dgn kerja2 mrk... yg mengajar, sibuk dgn ank2 murid... pernah x kita terpikir akan persoalan2 ini?? masih belum terlambat utk kita perbaiki diri ni... pikir2kan lah.


Just nk remind diri ini & antum semua... masa kita di dunia ni dh x lama lg.. kalu bukan kita yg akan ubah pemikiran org2 ini siapa lagi?? Ingatlah.. tujuan kita dicipta di dunia adalah utk mnjadi khalifah Allah(ketua ) di muka bumi ini... inilah tanggungjawab kita.


apa lagi?? jgn duduk diam je!! Bangun lah!! Wake Up Muslims!! kerja kita masih banyak yg tertangguh.. jalankan tanggungjawab kita!! innallah ma'anaa...


Allahua'lam.. (^_^)


~Tak lama lagi result STAM ku bakal keluar... right after the election..huhu.. i'm so NERVOUS!! good luck 2 me & all my friends! All da best.. wa bittaufiq wannajah =) ~



Thursday, February 7, 2008

tentera zionis sedang mengawal ketat di sekitar masjidil aqsa ~

..dome of rock...

don't misunderstand.. this isn't al-aqsa mosque... its dome of rock.


al-Quds lana

Kisah Adik & Israel... ( mesti baca! )

* Sesungguhnya musuh umat islam di mana2 sahaja.. cuma kita yg tak perasaan.. dlm diri kita juga ada musuh Allah laknatullah itu.. syaitan yg durjana..yg sentiasa berusaha utk menyesatkan kita hambaNya. IS.RA.EL... siapa tak kenal Israel... rasenye semua tau ttg Israel.. betapa kejamnya mrk sehingga sanggup melakukan apa shj demi menjatuhkan islam agama Allah.. marilah kita hayati sebuah kisah yg penuh menyayat hati ini... ambillah pengajaran drpdnya..



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya.

Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi.

Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang.Mata adikterbeliak.

Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

“Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!”

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik Tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.

Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. “Adik nak ikut walid” Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik.

“Adik jaga ummi ya” pesan abang.

“Abang nak pergi mana” tanya adik seperti orang bodoh.

“Abang nak pergi berjuang”. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. “Isra..Israfil.” terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. “Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel.” Ummi membetulkan sebutan adik. “Is.ra.el” akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

“Ummi, kenapa kita hidup susah?” adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

“Kita kena sabar sebab sabar itu cantik” ujar ummi perlahan.

“Cantik macam syurga ker ummi?” adik tanya lagi.
Ummi senyum.

“Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa” sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.
malam itu adik membaca Al-Quran bersama ummi..

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam AlQuran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Umi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama Umi dilaung-laungkan dari luar.

“Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid”muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

“Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel juga musuh Allah, laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak” terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba…..

“Muhammad!!!!!!!” Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

“Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang” terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

HUDA SAID
[Ya Allah .. please forgive me .. please forgive me .. forgive me ya Allah .. ]

~ inilah situasi yg biasa berlaku di Palestin..Iraq.. setiap hari beribu2 yg mati dibunuh oleh Israel yg laknatullah yg sgt kejam tanpa belas kemanusiaan.. apakah sumbangan kita?? adakah dgn hanya berdoa sudah cukup?? sanggup ke kita nak pergi ke sana membantu mereka??? siapa yg tak takut mati.. tapi mrk di sana memang tak takut langsung dgn mati.. jihad fi sabilillah da jd cita2 besar mrk.. langsung tak kenal erti takut.. KITA?? fikir2 kanlah.... wallahua'lam ~