CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics Myspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter GraphicsMyspace Glitter Graphics, MySpace Graphics, Glitter Graphics

Thursday, February 7, 2008

Kisah Adik & Israel... ( mesti baca! )

* Sesungguhnya musuh umat islam di mana2 sahaja.. cuma kita yg tak perasaan.. dlm diri kita juga ada musuh Allah laknatullah itu.. syaitan yg durjana..yg sentiasa berusaha utk menyesatkan kita hambaNya. IS.RA.EL... siapa tak kenal Israel... rasenye semua tau ttg Israel.. betapa kejamnya mrk sehingga sanggup melakukan apa shj demi menjatuhkan islam agama Allah.. marilah kita hayati sebuah kisah yg penuh menyayat hati ini... ambillah pengajaran drpdnya..



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya.

Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi.

Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.
Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud. Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang.Mata adikterbeliak.

Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

“Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!”

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik Tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi.

Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. “Adik nak ikut walid” Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja.Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik.

“Adik jaga ummi ya” pesan abang.

“Abang nak pergi mana” tanya adik seperti orang bodoh.

“Abang nak pergi berjuang”. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. “Isra..Israfil.” terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. “Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel.” Ummi membetulkan sebutan adik. “Is.ra.el” akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

“Ummi, kenapa kita hidup susah?” adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

“Kita kena sabar sebab sabar itu cantik” ujar ummi perlahan.

“Cantik macam syurga ker ummi?” adik tanya lagi.
Ummi senyum.

“Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa” sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.
malam itu adik membaca Al-Quran bersama ummi..

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam AlQuran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Umi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama Umi dilaung-laungkan dari luar.

“Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid”muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

“Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel juga musuh Allah, laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak” terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba…..

“Muhammad!!!!!!!” Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

“Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang” terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripadajatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

HUDA SAID
[Ya Allah .. please forgive me .. please forgive me .. forgive me ya Allah .. ]

~ inilah situasi yg biasa berlaku di Palestin..Iraq.. setiap hari beribu2 yg mati dibunuh oleh Israel yg laknatullah yg sgt kejam tanpa belas kemanusiaan.. apakah sumbangan kita?? adakah dgn hanya berdoa sudah cukup?? sanggup ke kita nak pergi ke sana membantu mereka??? siapa yg tak takut mati.. tapi mrk di sana memang tak takut langsung dgn mati.. jihad fi sabilillah da jd cita2 besar mrk.. langsung tak kenal erti takut.. KITA?? fikir2 kanlah.... wallahua'lam ~

Saturday, February 2, 2008

mari kita renung2kan.. (",)

ding dong!!

one message recieved in my handphone...

lantas aku bergegas mncapai hpku.. x sbr nk tgk spe yg bg msg tue..huhu..

bile aku buka inbox.. ad 1 msg bru.. x tau dari spe.. no baru..
(( as'kum, bole berkenalan?? ))

hmm.. timbul seribu satu persoalan dlm kotak fikiranku..

"no spe la nie yek..??"
"budak laki ke..pompuan..??"
"klu laki...aku kenal dia ke??"
"nk reply ke..biar je?"
"ataupn..kwn2 aku sengaja nk pekena aku tak??!!"

selepas berfikir utk bbrapa minit.... aku pn reply msg tersebut..
(( maaf, ni sape ek?? ))

beberapa minit kemudian, masuk satu lg msg.. Ding dong!!

dari no yg sama tadi..
(( kite kenal awak... awak takkan x kenal kite kot..?? ))

"aduh, syiapa nih?? pening aku dibuatnya..."

mule aku nk reply lg tny sape.. tp bile pikir2 blk, hmmh.. baik aku x yah layan msg tu.. pegi buat keje lain yg lbh bermnfaat lg bagus!!

huhu... u all pnah rse pengalaman sebegini??

actually bnda ni da slalu berlaku dlm kalangan remaja kita hari ini... tp bile kita layan2 sgt msg2 yg sebegitu.. tu yg slalu membawa kpd mcm2 jenis zina especially zina hati.. bila kita terus berhubungan dgn org yg berlainan jantina dgn kita... tmbah pulak org tu kita x kenal ( kalu org yg kita kenal pn sama je..), kita da dikira melakukan zina2 kecil seperti zina tgn (bermesej2).. zina telinga (bergayut di telefon...bersembng2 kosong).. zina hati (dok teringat kat org tuh..).. dan lmbat laun bole mmbawa kpd zina yg sebenar sape tau.. (na'udzubillah!!)

hmm...trend skrg ni, popular betul islamic couple..
bile tanya, bole ke islamic couple nih?? (",) ?? kata mrk " boleh!!" (dgn confidentnye) "ktorg x smbang bnde2 yg x elok...yg lucah2..mne ade.."

habis tuh?? korang smbang psl ape?? .....
" ktorg buat bnde yg baik2 je.. saling tukar2 tazkirah.. kejut qiam.. saling ingt mengingati ttg perkara yg baik.. ape yg salah nye??"

huh..gawat nih.. mcm mne nk ckp ek?? dorg tu bukannye budak yg bodoh2..x pandai.. exam cemerlang tuh! upsr 5A..pmr 9A.. spm 12A1.. hebat dorg lg dr kita.. cmne nk jwb nih??

lepas tu bila tanya pulak, awak yakin ke org tu mmg suke awak?? cintai awak sepenuh hati? da konfem dia akan kahwini awak/ awak akan kahwini dia? ha!! jwb2!

terdiam x terkata... nk jwb camne.. jodoh tu di tgn Tuhan.. kita pun x tau smada org tu yg akan jd teman hidup kita atau tak.. kita cuma boleh berdoa kpd Allah Taala agar dikurniakan jodoh yg baik..

namun, kdg2 ade juga org berkata " kami mmg da same2 suke, insyaAllah cinta kami cinta sejati.. x salah kalu saya contact2 dgn dia walaupn x slalu...just nk tau perkmbangan si dia"

tapi betul ke di dia mmg jodoh yg telah ditentukan oleh Allah utk kita?? bole jadi dia bukan utk kita.. bole jadi suatu hari nnti dia berubah hati terhadap kita.. siapa tau.. hati manusia bole berubah2..

fikir2 kanlah..renung2lah dalam2.. apakah kita berada di jalan yg benar atau tidak.. masih belum terlambat utk berundur jika anda merasakan anda berada dalam situasi ini.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. bertaubatlah dgn taubat yg sebetul2nya..taubat nasuha..
insyaAllah rintihan kita akan didengarNya.. ameen..

Allahu a'lam (",)

Friday, January 25, 2008

i want 2 change!! (",)


....أريد أن اتّحاد معكم الشعر عن نفسنا

((just copy & paste from somewhere..huhu))




YA ALLAH..

SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..


Dengan penglihatanAku dapat melihat segala kekuasaan-MU,

Mengagumi segala kebesaran-Mu

Namun..
Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU,

Menjerumuskan diriku ke lembah dosa,

Melihat pada yang tak sepatutnya,
Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba.


Seketika kutersedar…
Mungkin belum terlambat,
Untukku pahatkan dalam diri,

Bahawa.. Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,


Jika dulu aku angkuh di bumi-MU,
Alhamdulillah..Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku,
Membangunkan sifat malu,
Yang selama ini tersorok dalam diri,


Kutundukkan pandanganku,
Yang selama ini meliar!
Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman,
Kutempis segala teguran sinis,
Kutekadkan dalam kalbuku,

Bahawa… Aku mahu berubah!! !


Ya Allah,

Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU,
Terleka dengan duniawi,
Terkadang kuabaikan ukhrawi,

Subhanallah,

Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung,
Kau sedarkanku di saat aku hanyut,
Masih tak terlambat,
Untuk suatu perubahan,
Kuakur pada kekuasaan-MU,

Lantas,
Kulaungkan dalam hatiku,


Aku mahu berubah!!!

Ya Allah,

Kupohon hidayah-MU,
Duhai ayahanda dan bonda,
sahabat-sahabat,
serta teman-teman,
Bantulah daku...Bimbinglah daku,

Dalam mencari,
Cinta yang paling Agung,Cinta yang Esa,

Sesungguhnya,


AKU MAHU BERUBAH!!!


*الموت في سبيل اللة أسمى أمانينا*

Saturday, January 19, 2008

>> iSTimewaNya HaRi AsYuRA..


Awal Muharram..Maal Hijrah kita slalu dgr... da biasa.. tp Hari Asyura??
'
tak ramai yg tau ttg hari tu.. knapa dinamakan hari ASYURA?? slalu je kte sebut bubur asyura.. puasa sunat asyura.. tau ke apa tu asyura??
'
just wanna share da history abt this special day....
'
Actually 'asyura' tu asalnye dari bhs Arab ashara yg b'mksud 10.. sbb hari asyura berlaku pada 10 Muharram. sbnarnye byk peristiwa2 besar yg berlaku pd hari tu yg mnjadikan ia satu hari yg sangat istimewa.. tp sejarah yg sebenar hari asyura ialah hari kekalahan Raja Fir'aun di mana dia bersama pengikut2nya telah ditenggelamkan oleh Allah Taala di dalam Laut Merah. maka pada hari itu Nabi Musa AS telah berpuasa sbg tanda syukur kpd Allah..
'
namun akhirnya puasa sunat ini telah disyariatkan kpd seluruh muslim kerana terdapat satu hadith Nabi SAW ketika baginda berhijrah ke Madinah, baginda mndapati org Yahudi turut berpuasa pd hari tersebut..hmm.. lalu baginda bertanya kpd mereka "kenapa kalian berpuasa?"
'
jawab org2 Yahudi tersebut "Ssungguhnya pd hari asyura ini Allah telah menyelamatkan Musa serta pengikutnya dan mengalahkan Fir'aun, kemudian Musa telah berpuasa pd hari tersebut.. oleh itu kami juga turut berpuasa,"
'
lalu Rasulullah mnjawab "kami lebih berhak ke atas Musa daripada kalian," (riwayat Bukhari & Muslim) jadi, slps tu baginda s.a.w terus memerintahkan umat2nya agar berpuasa sunat asyura...
'
akan tetapi disbbkan org Yahudi juga berpuasa pd hari ini, Rasulullah telah menetapkan cara utk umat islam berpuasa pd hari asyura supaya berbeza dgn org Yahudi.. iaitu disunatkan berpuasa pada 9 & 10 muharram menurut hadith berikut...
'
Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan berpuasa. Para sahabat berkata:"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan oleh Yahudi." Beliau bersabda:"Di tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada tanggal 9.", tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah telah wafat." (Riwayat Muslim)
'
terdapat juga hadith nabi s.a.w mengatakan bahawa berpuasa sunat di hari asyura boleh menghapuskan dosa2 kita pd thn lalu...

'
jadi marilah kita sama2 ambil iktibar dari hari Asyura ini.. sape yg tak smpat berpuasa pd thn ni insyaAllah bolehlah berpuasa pada thn hadapan & thn2 yg akan datang jika masih dipnjangkan umur... Allahu a'lam..









Thursday, January 17, 2008

~ sharing my xperience ~

salam alaikum...

actually sje je nk kongsi pengalamn dgn u all..

while waiting for my sTaM result, i've work at my old lovely school..huhu
'
job yg diberikn sbnrnye jd pmbntu mkml kt skola 2, so kate mck noni ana kne stat msk krja bln Dis 07..herm.. set je. Maka tanggal 3 disember 2007, bermulalah hidup bruku as a worker.. setelah sekian lama jd student..he3.. tp smentara jek.
'
Diri ini pn mulalah b'knal2an dgn staf2 al-amin yg lain.. hope that i'll enjoy wf my new job.. so, kenalla ngan k.ina( kakak jge kdai skola ) tp da ade ank 3 org tuh..hi2. n then knal plak ngan org2 pjbt skola mcm k.dila ( pengantin bru ni tau... suaminya mlm zul izzudin.. mlm d al-amin gaks) , k.su ( tmbam2 comel je orgnye..) , k.jaja ( arkitek bangunan skola yg bru..sdang dibina time 2).. mlmh aida da knal tp skang ni da x jd mlmh dah... jd HR kt al-amin. pastu mck noni (my big boss) pengurus kewangan skola..
'
ni nk kongsi cte time mula2 krja.. blum msk mkml pn lg sbnrnye sbb time 2 tgh sibuk psl kdai skola..jd, mck noni kte ana kne tolg k.ina jge kdai buku smpai bukak skola nnt.. herm.. mmg jenuh gk tolg k.ina susun bku2 skola yg da smpai... b'tmbun2.. mule tu cam x tau nk stat cmner..
'
so bln dis 2 mmg hbskan mse kt kdai buku skola je la.. smpai la bkk skola 3hb jan 08.tp ade satu hri 2, ana kne jd kerani jap sbb k.dila time 2 msh cuti kawin..hmm.. seharian kne menulih nama n alamat parent kt surat..huhu..lenguh gk la tgn. Utk mnggu pertama bkk skola 2, ana dimnta tk jge kt kdai skola lg sbb parent yg nk bli bku msh ramai. Time cuti krja cme smpai kul 1 ptg je...tp ble bkk skola, mse krja tk staf hbs kul 5 ptg.. mmg letih xtau nk kata la..hu3.
'
msuk 2nd week, ana da kne naik ke mkml.. masyaAllah..hbuk2nye x terkate byknye.. mmg bersin memnjang la time cuci mkml tuh..hu3. tp mnggu 2 xde lg guru2 msk mkml..jd ana nih suke la pi lepak2 kt kdai skola smpai bos tegur..kih2.. n then msk mnggu k-3, adela 2 3 guru stat msk.. krja ku pn da mule sibuk... baru best skit. he3..
'
pastu tgh da smngt2 nih nk sediakn rds2 tk ckgu buat xperimen..nk kms2 skit mkml..susun blk aparatus kt mkml skola men 2.. tetibe satu hri 2 time ana tgh kt pjbt nk amk laptop tk mlmh rohida (guru bio..hehe), mlmh hairun pnggil... rupenye ana diminta tk gantikan kelas mlmh sek ren yg bru berhnti.. mmg adhock btul.. shock skejap la kt situ..huhu. kerani da pnah jd.. jge kdai skola pn pnah.. pmbntu mkml , mmg la.. skang ni kne jd mualimah plak!!?? ya Allah..
'
jd hri 2 kne la jd mualimah..ha2..kelakar pn ade gk bunyinye. kne ajar sains drjah 1 2 3.. yg lg 'best'nye..in English tue..ho2.. lidah kelu xterkata. stu lg P.Seni.. ni ok lg..suruh je bdk2 tu melukis...pastu warne..siap! tgk bdk2 tu, masyaAllah.. bising bangat sih...susah btul nk kwl keadaan.. stress mualimahnye.. smpai demm2..heheh..
'
mmg x sngka pn sbnrnye yg ana ni akn jd mualimah..huhu.. sbb time nk mnta krja 2 pn mmg da ckp siap2 x mau jd ckgu..ha3.. kelakar btul. tapi ble pikir2 blk.. sume tu mmg pengalaman yg bukan senang nk dpt.. lgpun, pasti ade hkmah di sebalik semua ni sbnrnye.. Allahu a'lam. so, kita sbg seorg insan.. jgn lah cepat mengalah dlm sesuatu pekrjaan tu.. krna Allah tau apa yg terbaik utk kita. Adakala Dia beri kita susah kerana Dia nk menguji keimanan & kesabaran kita.. tp percayalah Allah pasti akan beri apa yg kita inginkan..cuma kita je yg x mengetahuinya.. hari itu pasti dtg..insyaAllah :)

Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah yg lbh bermakna ^_^


KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1Muharram.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12Rabiulawal.


KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.


KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama nabi dan rasul.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum wbt.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.


KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.


KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.


tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..
tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?


yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yangkekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat,maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpaldengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yangmengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupunperempuan, sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab’.(surah al-mu’min)


“Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat….”


“wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMu …namun tak pula aku sanggupkeNerakamu….kami lah hamba yang mengharap belas dariMu …” ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami . kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia


~ Salam MAAL HIJRAH.. 1 Muharram 1429H. moga2 thn hijrah yg baru ini mnjadi lbh bermakna buat diri kita di samping lbh berusaha keras utk perbaiki diri.. dakwah fardi harus diperkasakan..smoga iman kita smakin mntap.. Allahua'lam ~


Saturday, January 5, 2008

...Al-Quran panduan Hidup kita...

Dalam hidup ini, terdpt pelbagai cabaran dan dugaan.. especially kita sbg seorg muslim, selalu saja diuji dengan pelbagai rintangan. Ini bukan bermakna Allah tak sygkan kita, Allah sebenarnya ingin melihat sejauh mana keimanan hamba2Nya kpdNya. Adakala Allah berikan kpd kita nikmat..supaya kita bersyukur dgnNya..dan adakala pula Allah berikan kita sakit... supaya kita lebih beriman dgnNya.. Dalam menempuh kehidupan ini, kita telah diberikan oleh Allah AL-QURAN utk memndu kita agar sntiasa berada di jalan Allah.
Namun, pada hari ini, di zaman yg penuh dgn teknologi yg canggih2... manusia semua sntiasa berada dalam kesibukan bekerja.. Al-Quran sudah semakin dilupakan.. hanya menjadi hiasan di rumah...Kenapa?? Padahal al-quran itu yg patut kita baca setiap hari.. kerana ia adalah panduan bg kita utk mnempuh khidupan yg akn dtg yg penuh berliku2.. Kadangkala saya ada terfikir, kenapa saya masih x bole ingt maksud2 ayt2 dalam al-quran walaupun dah beribu berjuta kali membacanya...? kdg2 saya rase sperti sia2 je mmbacanya krn kita tak tau maksud ayt2 itu..
Hatta suatu hari saya ada terbca 1 kisah yg dikarang oleh seorang kakak senior saya... memang menyentuh hati saya.. cerita itu mengisahkan seorg anak kecil yg tinggal bersama datuknya.. pd suatu hari timbul satu persoalan dlm dirinya, mengapa dia masih tak boleh ingt maksud2 ayt2 dlm al-quran walaupn dah byk kali mmbacanya.. adakah kerana ingatannya tidak kuat?? atau.. apa?? setelah lama berfikir, akhirnya dia bercdg utk bertanya kpd datuknya.. apabila anak kecil itu bertanya kpd datuknya, lalu beliau tersenyum dan pergi ke belakang rumah lalu mengambil sebuah bakul berisi arang yg telah dikosongkan. Setelah itu, si datuk terus menyuruh cucunya pergi mengambil air di sungai dgn menggunakan bakul tersebut...
Anak kecil itu terus melakukan sepertimana yg disuruh datuknya. Pada kali pertama dia mengambil air, dia terkejut kerna air di dlm bakul telah habis terkeluar melalui celah2 bakul sebaik saja tiba di depan datuknya... lalu dia cuba utk kali kedua.. hasilnya sama.. dan dia cuba lagi dengan berlari selaju mungkin ke arah datuknya kerana tidak mahu air itu habis lagi.. setelah berkali2 mencuba, namun hasilnya tetap sama. Akhirnya dia berkata kpd datuknya,
"atuk, mustahil bakul ini bole diisi dgn air di dlmnya! kalau saya menggunakan baldi, pasti boleh! "
lalu datuknya menjawab, " cucuku, cuba kamu lihat apa perubahan yg terjadi pada bakul itu...".
Anak kecil itu melihat bakul tadi dan berasa terkejut kerana bakul yg asalnya kotor bekas arang yg diisi di dlmnya tetapi kini sudah menjadi bersih seperti baru dibeli...
kemudian datuknya menjawab, " sebenarnya bakul itu ibarat al-quran yg selalu kita baca.. walaupn kamu tidak tau apa tujuan atuk suruh kamu ambil air menggunakan bakul itu, namun kamu tetap berusaha melakukannya walau terpaksa mengulanginya berkali2..dan hasilnya, bakul itu telah menjadi bersih.. begitu juga dgn kita, walaupun kita mmbaca al-quran tanpa tau akan maksudnya, tetapi kalau kita terus membacanya setiap hari, insyaAllah hati kita akan menjadi bersih seperti mana bakul tersebut.."
Begitulah al-kisahnya.. banyak pengajaran yg dpt kita ambil dari kisah ini. jadi, kita tidak boleh menjadikan tidak tau maksud ayt2 yg dibaca sbg alasan utk tidak mmbaca al-quran kerana terdapat hadith nabi s.a.w mengatakn setiap huruf yg dibaca akan mendapat 10 ganjaran pahala. Ada juga hadith lain mengatakan,
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”. Hadis Riwayat Muslim.
Semoga kita umat islam sntiasa rajinkan diri utk membuka al-quran dan membacanya selalu kerana itulah yg akan memandu kita ke arah mendekatkan diri kpd Allah Taala.. insyaAllah.